Monday 1 August 2016

MURID

LANGKAH STRATEGIK YANG TELAH DILAKSANAKAN:

A) KAJI SELIDIK MINAT DAN PENGGUNAAN BAHASA ARAB DI KALANGAN PELAJAR SM SAAB
sebelum langkah-langkah strategik dapat diperincikan, sebuah kaji selidik terhadap semua pelajar SMSAAB telah dijalankan. Kaji selidik ini adalah untuk melihat minat dan penggunaan Bahasa Arab di kalangan para pelajar SMSAAB. Alhamdulillah berdasarkan dapatan kajian ini, salah satu cadangan penambahbaikan yang dipersetujui ialah untuk menganjurkan Kelas Ekstra Bahasa Arab untuk memperkukuhkan kemahiran bertutur dan mendengar, serta meningkatkan minat. Untuk permulaan, peserta yang disasarkan ialah seramai 30 orang pelajar Tingkatan 1 tahun 2016.


B) KELAS EKSTRA BAHASA ARAB (KEMAHIRAN BERTUTUR & MENDENGAR)
Kelas ini dibimbing oleh Ummu Jihad (Puan Mina Belfqih) yang berasal daripada Morocco, dan berpengalaman mengajar Bahasa Arab kepada para pelajar tamhidi di USIM.


Objektif kelas ini ialah;
1-memantapkan kemahiran berbahasa Arab; khususnya kemahiran mendengar & bertutur sebagai salah satu wasilah merealisasikan visi dan misi Al-Amin Bangi untuk melahirkan insan rabbani

2-membimbing, mendokong, serta menyediakan peluang dan suasana untuk para pelajar mempraktikkan Bahasa Arab dalam kehidupan seharian

3-meningkatkan minat para pelajar terhadap Bahasa Arab


alhamdulillah kelas yang telah dijalankan adalah seperti berikut

KELAS PERTAMA:
*6/5/16 (Banin) 1 jam
*13/5/16 (Banat) 1 jam
lihat gambar DI SINI

KELAS KEDUA:
*20/5/16 (Banin) 1 jam
*27/5/16 (Banat) 1 jam

KELAS KETIGA:
*25/6/16 (Banin & Banat) 2 jam

KELAS KEEMPAT:
*Daurah 23/7/16 (Banin & Banat) 4 jam
lihat gambar DI SINI

kelas seterusnya dijadualkan pada:
KELAS KELIMA: 5/8 (Banin) serta 12/8 (Banat)

KELAS KEENAM 19/8 (Banin) serta 26/8 (Banat)

KELAS KETUJUH: 2/9 (Banin) serta 9/9 (Banat)

KELAS KELAPAN 23/9 (Banin) serta 30/9 (Banat)

KELAS KESEMBILAN 12/11/16; sesi 3 jam (Rehlah gabungan Banin dan Banat)


C) PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB


D) USBU' ARABI

No comments:

Post a Comment